hurrmmm... boring skit gak la dok sorg2 kat bilik isolasi ni. tapi tak da seboring spt masa aku mula2 dpt tau kena leukaemia ni n kena chemo utk 3 cycle, then kena transplan sel stem. ade eloknya aku imbas balik bbrp event sblm itu...
slps saja aku pulang ke tanah air ni, yakni kira2 pd penghujung bln 3 tahun 2005, aku telah ber'cuti' selama lbh krg sethn lamanya. ber'cuti' maksud di sini, tak da buat pa per yg lbh serius spt kerja, ataupun study, melainkan membuat apa2 yg patut spt menolong emak dlm urusan family aku (spt antar adik2 ke sekolah, pergi kedai,pasar dan seumpamanya), serta membuat pa per persediaan yg patut utk masuk study balik, spt MUET. ade jg aku try apply nak masuk IPTS spt UiTM n UNITEN, tp x da rezeki la ms tu. sms mak ayah pergi ke mekah utk tunaikan haji, aku jg dipertanggungjawabkan menjaga apa2 keperluan adik2 di bwh jagaanku.
dlm tempoh ber'cuti' tu, tak da la dok umah n ngadap PC je. ade gak aku kluar ke mn2, spt tgk wayang la, window shopping la dll... aktiviti luaran yg x membosankan. slalu aku klauar pon sorg2. ade bbrp ketika je kluar ngan kawan2, especially kwn2 lama la.
masuk thn berikutnya (2006), mula la aku btul2 serius nak apply ke IPTA. target time tu aim kat UM, ambik cos electrical eng. , sptmn aku blaja kat nagoya dulu. ttp, walau dah buat rayuan pon, x da rezeki gak. jd, masuk bln 8, bermula la alam pekerjaanku sbg juruwang pelatih di Jusco Equine Park. asalnya, training kat situ then diserapkan jd staff kat Jusco Cheras Selatan. pd ms yg sama, aku ambik gak short course teknikal komputer di Institut Generasi, Lebih Ampang, KL. tu pon psl nak dpt kertas sijil tu jer, walhal sblm tu aku kiranya dah master hampir semua hal tang teknikal komputer masa aku kat nagoya dulu. (kisah di nagoya nnt aku tulis kat entry lain).
stlh abis short course tu, lecture aku (pn. huda) offer aku kerja sbg juruteknik komputer kat istitut tu. ms tu, aku mcm syok kerja jd cashier ni, w'pon gaji tak brp byk, tp bole hidup la. tp, dek tertarik ngan offer yg lbh baik serta kena ngan minat aku, aku berhenti la jd trainee cashier tu stlh kira2 3 bln keje kat Equine Park tu. tak sempat gak la feeling pengalaman jd pioneer kat Jusco Cheras Selatan tu.
jd, bermula la kerjaya aku sbg juruteknik komputer kat Inst. Generasi, bergajikan lbh skit dpd yg dulu nyer. nak bandingkan antara 2 kerja tu, aku rasa jd juruteknik ni la btul2 mencabar & agak memenatkan. bkn takat perah kederat, tp perah otak gak aa.. lbh2 lg kalo ade PC tu problem. dari situ, sedikit sebyk byk gak hal2 baru aku dpt tau n blajar. kerja ni lbh kpd troubleshooting n solution. tp, ada ms tertentu tu, kena gak buat kerja front-desk lyn client n customer. biasanya, keje pergi keje awal pagi, balik lambat malam. but anyway, aku hanya dpt berthn selama 3 bln gak. tu pon sbb aku dah mula naik semangat balik nak sambung blaja la.
dlm bln 2 thn 2007, aku nganggur la balik, dok umah. masa tu, mula la buat balik apply blaja kat IPTA, termasuk gak UM, n UiTM. tp, dlm bln ni jg la, bdn aku rasa cam lain mcm. ingatkan penat2 biasa je la. pd penghujung bln 2 tu, dah mula ade simptom2 kekurangan darah, yakni cepat penat, sampaikan kalo naik tangga 2 tkt kat umah tu, ade la rasa denyut2 kat tengkuk blkg. klimaknya, time cousin aku buat kenduri kahwin kat kampung. time tu, mula la ramai saudara-mara aku tegur aku ni pucat semcm2. tp, aku try buat biasa2 la.
bbrp hari slps je majlis tu, emak menemankan aku pergi check kat klinik kat bkt cheras. masa tu, diambil sampel darah. pd petang nya tu, org klinik tu call n suruh dtg ambik result darah tu. dalam aku rasa tergamam, risau kat diri aku n family aku, dpt tau aku ni suspected ade penyakit leukaemia n jaundis. mlm tu jer, straight gi KPJ kat kajang, n aku pon kena tansfuse darah. bermula pengalamanku duduk wad.
siangnya, baru pergi ke HUKM, stlh direkomaen oleh doktor kat KPJ tu.
bersambung di entry yg berikutnya...